Thursday, November 4, 2010


MELANCONG DAN DAPAT WANG
from azlan

Monday, November 1, 2010

SELAMAT DATANG KE DUNIA PELANCONGAN
JOM KITA MENGENALI TEMPAT-TEMPAT MENARIK SELURUH DUNIA

Pelancongan
Pelancongan bermaksud pergerakan manusia dari satu tempat ke satu
tempat untuk tujuan riadah, berehat atau berniaga. Mengikut definisi
World Tourism Organization:
“Tourists as people who "travel to and stay in places outside their usual
environment for more than twenty-four (24) hours and not more than one
consecutive year for leisure, business and other purposes not related to
the exercise of an activity remunerated from within the place visited."
(Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Tourism)
Potensi Ekonomi
Industri pelancongan merupakan industri yang paling popular, paling pesat
perkembangannya dari segi nilai ekonomi dan potensinya di seluruh dunia. Ia
menjadi industri terbesar yang berkembang dengan pesat menguasai 23%
ekonomi dunia. Nilainya adalah USD 8 trillion seluruh dunia setahun. Di USA
sendiri ia menjana USD 1.3 trillion setiap tahun.
Di Malaysia, industri pelacongan menyumbangkan RM 37 billion kepada Gross
National Income (GNI) pada tahun 2009. Jumlah kedatangan pelancong asing
ke Malaysia pada tahun 2009 adalah ke-9 tertinggi di dunia seramai 23.6 juta
orang pelancong. Malah perangkaan juga menjangkakan bahawa industri
pelancongan di Malaysia akan menghasilkan RM 104 billion Gross National
Income (GNI) pada tahun 2020.
Jangan kecilkan skop pelancongan seperti kehadiran pelancong sahaja ke
sesuatu tempat. Industri pelancongan adalah industri berangkai meliputi skop
yang luas di antaranya pengangkutan, makanan, membeli-belah, bahan bakar
seperti petrol, kemudahan penginapan, hiburan dan sebagainya